Monday, August 13, 2018



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya ingin mencerit kan tentang momen kegemaran  di ASIQS. Momen kegemaran saya ialah kawan saya bernama Appi kakinya patah. Saya tahu yang bukan kaki saya yang patah tetapi inilah apa yang saya mahu cerita. Sebelum saya bercerita, semua nama disini bukanlah nama sebenar.

Begini ceritanya dari awal, pada tahun 2016, bulan 6, dan pukul 2:26 petang kaki Appi patah, kerana semasa itu kawan saya yang lain bermain gusti. Semasa mereka bermain Aiman terjatuh dan Appi dan kawan-kawan mereka gelakkan mereka sedikit.  Appi tawanya yang lemah lalu dikejar oleh Aiman sampai ke surau lalu Aiman hempap kaki Appi! Lalu Appi terbaring, Terkaku.  Kawan yang lain memanggil abang abang senior untuk mengangkat Appi membawa ke Sick Room. Saya Nampak Aiman masuk ke kelas, sebenarnya saya tidak berada di “kejadian” itu.  

hanya gambaran orang bergusti

hanya gambaran pondok 
Semasa waktu persekolah, Appi tidur di Sick Room sampai habis waktu persekolahan. Appi tidak tahu yang dia patah kaki dan dia boleh berjengket! Selalunya orang yang patah kaki tidak boleh berjalan atau berjengket. Appi patah kaki pada Khamis dan Besoknya ada jamuan di ASIQS dan kami perlu berqasidah  bersama Appi . Appi hanya pulang ke rumah dengan tidak tahu yang dia patah kaki.

Pada hari Jumaat, kami hanya belajar seperti biasa dan selalu ‘menyuruh’ kami untuk ambil makanan dan minuman. Saya berasa, hmmmm saya pun tidak tahu bagaimana mahu beritahu. Jamuan itu berada pada malam dan semasa kami makan, seperti biasa dia menyuruh kami untuk ambil makanan. Selepas  kami sudah habis makan kami bersiap sedia untuk berqasidah , ia berjalan dengan baik.

Appi tidak datang ke sekolah minggu selepasnya dan berehat selama seminggu. Saya berasa aman seketika dan kami baru tahu yang Appi patah kaki. Tulang kaki dan beberapa jari kakinya patah. Appi datang ke sekolah bersama topang kaki dan kami selalu bermain dengannya. Sekarang saya sudah   menolong dia mengambil makanan. 
gamabaran topang kaki 
                             
Semasa saya sedang ‘sparring’ di dalam ASIQS, Appi mahu balik ke rumahnya bersama Uncle Saiful dan dia ketawakan saya kerana saya tidak bermahir berlawan. Saya hanya relaks dan suatu masa saya boleh berlawan dengan dia. Saya dapat berlawan dengan dia selepas dia sudah pulih dan saya menang sekali. Selepas lima bulan (saya rasa) dia sudah pulih dan boleh belajar seperti biasa.

 Itu sahaja daripada saya, terima kasih kerana membaca blog saya.  Assalamualaikum !


1 comment: